Followers

Klik Di Sini

Wednesday, 26 December 2012

Kau Rasa Susah? Ada Lagi Yang Lebih Susah.

Pernah tak dalam hidup seharian kau rasa sangat-sangat down. Kau rasa semuanya serba tak kena, kalau boleh kau rasa nak meraung. Tapi, bila difikirkan balik, kalau kau meraung air mata darah sekali pun yang keluar, kesusahan tu takkan hilang sekelip mata. Jadi, sealgi hidup kau tenang, makan pakai cukup, walaupun kau rasa cukup-cukup pakai. Tapi, pernah tak terfikir ada orang yang dalam sehari nak jumpa air, nasi sedap pon payah. Jadi istighfar banyak-banyak, jangan lah nak mengeluh sangat.



Zara redha, kerana Zara percaya, kesusahan hari ini untuk kesenangan di masa akan datang. Anak-anak masih cukup pakai. Suami masih setia di sisi walaupun kadang-kadang ada perselisihan faham. Merajuk, sentap tak pasal-pasal. Cuba renung balik. Alhamdulillah sebenarnya, bukan susah mana sangat pun. Malam selalunya suami Zara akan lena nyenyak lebih awal dari Zara, mungkin sebab kepenatan. Kasihan memandang wajahnya dalam tidur yang sangat lena. Sekurang-kurangnya.. dia lena nyenyak di sisi Zara. Ya Allah ampunkan dosa Zara kerana mungkin terlalu meminta dan selalu berasa tidak pernah cukup. 

Sebenarnya Zara ingin jadikan blog ini sebagai diari harian Zara. Insyaallah mungkin dapat menjadi panduan di masa akan datang. 


No comments:

Post a Comment