Followers

Klik Di Sini

Wednesday, 26 December 2012

Hari Khamis, Hari Batik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Hari ini mood Zara ok. Semoga semuanya baik-baik sampai ke malam dan hari-hari seterusnya. Tapi, tak mungkin, kita manusia biasa.. kalau tak ada pasang surut dalam kehidupan, kita tak akan dapat memajukan diri kita. Setakat itu saja lah taraf kita. 

Kalau ada yang rasa beratnya dugaan kita, itu maksudnya, Allah masih sayangkan kita dan dia mahu kita mengadu dan memohon padanya, supaya kita tak alpa =)

Kau Rasa Susah? Ada Lagi Yang Lebih Susah.

Pernah tak dalam hidup seharian kau rasa sangat-sangat down. Kau rasa semuanya serba tak kena, kalau boleh kau rasa nak meraung. Tapi, bila difikirkan balik, kalau kau meraung air mata darah sekali pun yang keluar, kesusahan tu takkan hilang sekelip mata. Jadi, sealgi hidup kau tenang, makan pakai cukup, walaupun kau rasa cukup-cukup pakai. Tapi, pernah tak terfikir ada orang yang dalam sehari nak jumpa air, nasi sedap pon payah. Jadi istighfar banyak-banyak, jangan lah nak mengeluh sangat.



Zara redha, kerana Zara percaya, kesusahan hari ini untuk kesenangan di masa akan datang. Anak-anak masih cukup pakai. Suami masih setia di sisi walaupun kadang-kadang ada perselisihan faham. Merajuk, sentap tak pasal-pasal. Cuba renung balik. Alhamdulillah sebenarnya, bukan susah mana sangat pun. Malam selalunya suami Zara akan lena nyenyak lebih awal dari Zara, mungkin sebab kepenatan. Kasihan memandang wajahnya dalam tidur yang sangat lena. Sekurang-kurangnya.. dia lena nyenyak di sisi Zara. Ya Allah ampunkan dosa Zara kerana mungkin terlalu meminta dan selalu berasa tidak pernah cukup. 

Sebenarnya Zara ingin jadikan blog ini sebagai diari harian Zara. Insyaallah mungkin dapat menjadi panduan di masa akan datang. 


Tuesday, 25 December 2012

Entry Yang Pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Blog ini Zara wujudkan untuk menulis dan melepaskan apa yang terusrat dan tersurat di hati ini. Mungkin ramai yang bertanya, kenapa perlu sampai membina laman blog. 
Jawapannya : Bukan lah sesuatu yang mudah untuk kita bercakap lantang tanpa berlapik untuk melepaskan apa yang terbuku di dada, tak semua orang boleh menerimanya. 

Zara rasa perlu ada blog ini supaya tidak terbuku segala perasaan negatif. Ya, Zara selalu mengadu kepada Yang Esa, tetapi, Zara manusia dan hamba Allah yang lemah. Semoga setiap entry, hari ini dan selepas ini akan memberikan aku suntikan semangat, bahawa tak selalunya apa yang aku rasakan tak lah seteruk yang aku sangkakan. In Sha Allah :)